Serabut Dengan Jerawat Belakang Badan? Lakukan 14 Perkara Ini!

11:15 AM

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Masalah jerawat bukan sahaja tertumpu di bahagian wajah, malah ia juga boleh muncul di tubuh badan seperti dada dan bahagian belakang badan.

Girls, ternyata kewujudan jerawat jenis ini lebih memalukan daripada yang berada di muka. Ia akan memberi kesan dan mengganggu penampilan kamu. Nak tak nak, masalah jerawat di badan ini harus diatasi daripada 'hinggap pada dirimu' secara berterusan.

Banyak sebab kenapa jerawat tumbuh di belakang badan. Majoriti gadis memiliki jerawat belakang badan dari usia belasan tahun awal 20-an.

Faktor hormon untuk gadis dalam lingkungan umur subur menjadi punca utama. Selain itu, faktor keturunan seperti ahli keluarga yang banyak jerawat juga memainkan peranan.

Jangan ingat masalah ini akan selesai dengan sendirinya tanpa tindakan bijak yang perlu dilakukan oleh kita sendiri.

Jadi, jom pratikkan 14 cara ini untuk nyahkan jerawat di badan dengan cara yang paling mudah.

1# Banyakkan minum air

Salah satu faktor yang menyebabkan jerawat muncul adalah kerana kekurangan air atau cairan untuk kulit. Dengan mengambil minuman air putih yang konsisten akan membuatkan darah menjadi bersih dan kotoran dalam darah akan terbuang dan di singkiran.

2# Rajin mandi

Debu dan kotoran yang menempel di kulit akan membuatkan liang pori tersumbat lalu mengakibatkan jerawat. Oleh itu, rajinkan diri mandi sekurang-kurangnya dua kali sehari bagi mengekal kebersihan dan kesegaran kulit.

3# Jangan gosok kuat-kuat

Sewaktu mandi, cuba elakkan diri daripada mengosok terlalu kuat dan kerap menggunakan sabun antiseptik kerana bimbang ia akan mengakibatkan kulit keradangan dan lebih mudah berjerawat.

4# Ubat-ubatan

Gunakan ubat-ubatan yang disyorkan oleh doktor pakar, jangan beli ubat sebarangan takut masalah kamu akan bertambah buruk. Elakkan penggunaan pil perancang, ubat steroid, vitamin B12 kerana ia menggalakkan penumbuhan jerawat.

5# Jangan malas ganti baju

Setelah melakukan aktiviti luar rumah sepanjang hari, gantikan pakaian anda. Penggunaan kosmetik, pakaian yang ketat atau apa saja yang menutup liang minyak memberi masalah jerawat di kulit.

6# Bagi ruang pernafasan pada baju

Elakkan menggunakan pakaian yang berlapis-lapis agar bahagian dada dan badan tidak tertutup rapat. Seperti hidung, badan pun perlu bernafas.

7# Pakaian harus serap peluh

Elakkan dari pakaian yang tidak menyerap peluh.

8# Awasi pemakanan anda

Amalkan gaya pemakanan yang sihat. Elakkan makanan berminyak dan tidak berkhasiat untuk tubuh kamu.

9# Ruang peribadi

Sentiasa tukar tuala dan cadar tempat tidur. Jangan biarkan bilik kamu berhabuk. Pastikan semua alatan peribadi anda dalam keadaan bersih.

10# Air sireh

Sireh mengandungi antiseptik yang semulajadi dapat membantu menyembuhkan infeksi pada kulit serta mengurangkan masalah jerawat. Oleh itu, cuba mandi dengan rebusan air sireh sekurang-kurangnya sehari sekali.

11# Kulit kayu manis

Jangan terkejut, kayu manis juga mampu mengurangkan masalah jerawat terutamanya di bahagian dada. Cara mengaplikasikannya mudah sahaja, hiris kayu manis sehingga halus kemudian campurkan sedikit air perahan limau. Kemudian usapkan terus di bahagian yang bermasalah lalu biarkan ia selama 30 minit. Akhir sekali, bilas bahagian berlumuran dengan air bersih.

12# Kawal emosi dan stress

Sesetengah dari jerawat timbul dari ketegangan dan stress emosi yang dihadapi setiap hari. Ini mungkin dari penghasilan minyak dan sebum di kulit yang bertambah.

13# Jangan tidur dalam keadaan berpeluh

Masalah jerawat di belakang badan juga sering kali dikaitkan dengan faktor peluh (tidur ketika badan berpeluh). Maka, jangan jadikan bilik anda panas seperti sauna ya!

14# Kurangkan bermain panas

Terdedah kepada asap dan bahan kimia atau faktor alam sekitar seperti cuaca panas tidak elok untuk kulit kamu. Pastikan anda menghindari cuaca eksrim ini, terutamanya pada waktu tengah hari.

You Might Also Like

1 Comments

  1. stress selalunya punca jerawat bagi seorang yg berkerjaya

    ReplyDelete