Couple Islamik?

1:08 PM

بِسْمِ اللّهِ الرَّحْمَنِ الرَّحِيْمِ 
اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ

Couple Islamik tidak pernah wujud dalam Islam. Matlamat tidak menghalalkan cara. Couple Islamik hanyalah selepas melafazkan sakinah yang mulia iaitu ijab dan kabul.

Ana ingin berkongsi secara ringkas satu kisah benar, seorang perempuan ini telah 'dicop' oleh seorang lelaki, dan tempoh perkenalan mereka selama 7 tahun. Dalam tempoh itu si lelaki meminta untuk berhubung dengan si perempuan itu 4 bulan sekali. Tetapi perempuan itu tidak bersetuju dan menjawab, "Kalau kamu tidak mendengar berita saya meninggal dunia, maknanya saya sihat." Subhanallah...lihatlah betapa si perempuan ini amat menjaga perhubungan itu. Dalam tempoh 7 tahun hanya 3 kali mereka berhubung. Itulah natijahnya jika Allah sebagai penghantar utama dalam perhubungan itu.

Dan paling terkesan apabila apabila si perempuan ini berkata, "Kalau sekarang kita sering menghubungi sesama kita. Apakah nasib bakal generasi akan datang? Kalau sekarang kita sering bermesej, bergayut siang malam, sweet sana sini, dating, anak-anak kita juga akan lakukan hal yang sama. Bahkan lebih teruk dari itu." Siapa yang kita sayang, biar Allah jagakan dulu. Kita sebagai anak, tunaikan tanggungjawab dulu berbakti pada mereka. Sebab mereka, hanya ada kita. Sebelum kita, diserahkan pada pasangan halal kita bila masanya tiba.

You Might Also Like

0 Comments